Sunday, November 27, 2011

JANGAN!!!!

Jangan ucapkan SAYANG
jika benar2 tak peduli..jangan SENTUH hidup seseorang jika
hanya berniat memainkan nye..
jgn ucpkan AKU CINTA PADAMU
jika itu 1 pembohongan..
... ... ... perkara paling kejam yang kita
lakukan ialah membuat seseorng
JATUH CINTA pada kita,sedang kan
kita TAK BERNIAT langsung nak
menerima nye di saat dia benar2
JATUH CINTA pada kita...
 
 

♥♥TENTANG DHIA♥♥

Bestla cerita Tentang Dhia tu. Lagu tema pun mendayu2 jer..tang korus yg best!

 Nama asalnya ialah Zikir Buat Dhia, tetapi kini telah di tukar kepada Tentang Dhia.
Tentang Dhia akan bersiaran bermula Rabu, 9 November 2011 pada pukul 7.00-8.00 malam, setiap Isnin-Khamis sebanyak 26 episod. Hasil  nukilan dan arahan Azlina Pa wan, Tentang Dhia dijayakan barisan pelakon hebat termasuk Nora Danish, Ako Mustapa, Adyputra, Tasha Shilla, Izreen Asmida, dan Puteri Sarah.

 
Jom layan lagu tema Dhia.
 
SEJAK BERTEMU KAU DAN AKU 
MENUSUK JANTUNGKU
MULA JIWAKU
MERELAKANNYA MENJADI MILIKMU
ITU YANG KU MAHU
ITU YANG KU MAHU
CINTAMU
SINAR MENTARI PASTI
 MENYINAR RAHSIA SUNYI
BIARLAH KU BERMIMPI
KERANA DIBUAI SEPI
DHIA..
YANG AKU CINTA
SELAMA INI KU TATAP
COBA KAU FAHAMI
TAK AKAN DIRIMU DILUKAI
 
♥♥anNZ

 
 

Friday, November 25, 2011

WASPADA JANJI MANIS SUAMI ORANG

 Kepada kaum wanita… awas! jangan jadi perempuan bodoh!

Berhati-hati dengan segala janji lelaki yg sudah beristeri, takut nanti anda pula terjerat dengan penipuan cinta keduanya.
 Seperti pasangan yang belum berkahwin, mereka akan berusaha meyakinkan kekasih hati dengan godaan janji manis. Justeru, lelaki yang beristeri sanggup berbuat apa sahaja untuk memujuk rayu cinta keduanya dengan janji manis bagi menjerat wanita kedua yang bodoh bebal.
 Benar apa yang diungkapkan, setiap bicara kata manis lelaki mampu melenturkan hati wanita yang bodoh. Namun anda harus berhati-hati dengan janji manis mereka, takut nanti anda dijeat masuk ke lubuk percintaan kali keduanya.  Berikut kata-kata manis lelaki yang sudah beristeri untuk memikat wanita kedua yang hadir dalam hidupnya.

1)  SAYA AKAN MENCERAIKAN ISTERI -  
Janji itu seringkali dilafazkan oleh lelaki yang bergelar suami.  Adakah janji itu akan ditunaikan? Sayang sekali, kebanyakannya tidak mahu mengotakan janji.  Bercerai bukannya satu perkara yang mudah bagi seorang lelaki.  Umumnya, mereka akan memilih untuk kekal dengan perkahwinan pertama berbanding perceraian walaupun kebahagiaan yang dicari selama ini gagal. Apatah lagi, sekiranya lelaki itu telah ada anak.  Ini kerana, lelaki seringkali bimbang kehilangan anak-anak apabila bercerai.

2)  BERJANJI AKAN MENGAWINI ANDA!– 
Ramai daripada wanita bodoh tertipu dengan janji-janji sebegini.  Janji untuk mengawini akan diucap berulang kali, ianya terpaksa dilontarkan untuk menunjunkkan keseriusan dan ketaatan kepada anda.
Janji mengawini kekasih terpaksa dibuat supaya sidia tidak berpaling arah pada cinta lain.  Soalnya bagaimana lelaki itu harus memberikan komitmen kepada anda, sedangkan dia terikat pada komitmen terhadap isteri dan anak2nya.  Anda perlu menerima hakikat bahawa hanya segelintir lelaki yang benar2 akan menceraikan isteri semata-mata untuk menikahi kekasihnya.

3) SAYA AKAN BAWA ANDA KE RUMAH – 
Janji itu biasanya dilafazkan sebelum anda mengetahui tipu helahnya bahawa dia adalah hak kepunyaan orang lain.  Dia berjanji dan berjanji.  Sekiranya anda bertanya bilakah dia akan menetapkan tarikh perkahwinannya, biasanya lelaki itu akan mencipta pelbagai alasan.

4)  SAYA PASTI DATANG KE RUMAH ANDA – 
Bagi lelaki yang beristeri, bertemu dengan kedua-dua ibu bapa kekasihnya akan mengundang risiko yang besar. Pertama, ia menandakan keseriusan hubungan anda dengan dia, sedangkan dia sudah mempunyai komitmen lain. Kedua, dia belum bersedia berhadapan dengan pelbagai pertanyaan yang akan dilontarkan oleh ibu bapa anda.  Dia berasa takut apabila statusnya terbongkar, maka dia akan menghindari segala perkara yang tidak diingini.  Jika dia datang pun kerumah anda, dia hanya untuk menipu mengatakan hubungan dia dengan anda hanya kawan biasa, alasannya fitnah. Dengan itu dia akan memberi janji manis untuk bertemu dengan ibu bapa anda, tetapi tidak sedikitpun berniat untuk berjumpa dengan mereka.

5)  CUMA KAMU YANG ADA DIHATIKU – 
ucapan ini akan membuatkan anda terawang-awang.. perasan diri sendiri.  Dia tahu bahawa kata-kata seperti itu akan membuatkan perasaan anda cair.  Tetapi, sebaiknya jangan mudah percaya dengan kata-kata itu. “hanya kau yang ada dihatiku” Ah… itu satu pembohongan besar, selain anda, dihatinya masih ada anak2 dan isterinya. Malah, anda juga perlu tahu, merekalah yang mendapat tempat terbesar dihatinya.

6)  AKU AKAN MEMBAHAGIAKANMU– 
Kalimat ini hanya janji-janji manis untuk dirinya.  Dia tidak mampu membahagiakan anda, selain isteri dan anak2nya.  Bagaimana dia mampu membahagiakan anda sekiranya keinginan anda tidak mampu ditunaikan> Walaupun dia sering memberi semangat dan kata2 ransangan, itu adalah kata2 kosong.Anda menginginkan hubungan yang stabil dan mampu hidup bersamanya. Sayangnya hal itu tidak mampu ditunaikan atas alasan komitmen yang perlu diutamakan.

7)  SELALU BERADA DI SISI SAAT MEMERLUKAN –
Ini merupakan janji-janji bisa yang seringkali diucapkan lelaki yang beristeri bagi merayu kekasinya. Padahal, dia tidak mampu memenuhi janji itu. Bagaimana dia boleh menemani anda saat memerlukan, jika anda dan dia hanya bertemu pada waktu2 tertentu? Waktu dia bertemu anda adalah waktu yang dicuri… menipu anak isterinya. Oleh itu berhati-hati dengan kata-kata manis seorang lelaki, takut nanti anda pula yang terjerat dalam penipuan cinta suami orang.

Petikan Kosmo

Setia itu menyakitkan-DENDAM TERLERAI

nak share satu lirik lagu dari Anessa..tajuknya Dendam Terlerai..hehe..mesti ramai gak ar yang tak tau..lagi2 yang muder2..huhu..lagu ni best woo..aku minat dulu2 time budak2..dulu

 Jauh masih aku di perjalanan
Kasih perasaan merantai diri
Kian menyepi tiada berita
Terasa bagai angin sentuhannya menusuk

Demi cinta yang tak mampu terlupa
Badai percintaan hadir di sini
Pahit derita walaupun berbisa
Ku pasti sambut mesra
Jika engkau jejaki diriku

Haruskah aku lalui
Dalam dendam yang menghiris
Adakah bayangnya menggamitku kembali
Haruskah aku tempuhi
Dalam dendam yang menghiris
Adakah bayangnya menggamitku kembali

Biar diri menunggu
Mengharung sisa hidupku
Biar diri menunggu
Bersama sisa menanti
Moga kesempatan ini
Menjadi dendam terlerai

Jauh masih aku di perjalanan
Kasih perasaan merantai diri
Kian menyepi tiada berita
Terasa bagai angin sentuhannya menusuk

Demi cinta yang tak mampu terlupa
Badai percintaan hadir di sini
Pahit derita walaupun berbisa
Ku pasti sambut mesra
Jika engkau jejaki diriku



♥♥anNZ

*♥*•.¸♥♥ ALASANMU *♥*•.¸♥♥

 Ikhlasnya hati
Sering kali disalah erti
Tulusnya budi
Tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan
Kelukaan ini
 
Kumengalah... ku bersabar
Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu

Manis dibibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlna pastinya terpukau
Pujukmu, rayumu, suaramu
Yang menagih simpati dan harapan
Engkau pastinya tersenyum

Dengan pengunduran diriki
Tetapi bagi ku pula
Suatu ketenangan
Andai kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah
 
Cara hidupmu
Ada rahmatnya
Bila tidak lagi bersama
Terasa jauh
Diriku ini dengan dosa

Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah...
Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu
Semenjak dahulu

Wednesday, November 23, 2011

Rahsia Disebalik Ciuman Lelaki


Setiap ciuman daripada seorang lelaki mempunyai maksud & rahsianya sendiri..nak tahu..jom baca info di bawah ini..

Ciuman atau Kucupan pada Tangan
Jika seorang lelaki mencium belakang tangan anda, itu tandanya si dia menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yg bersopan akan mengucup orang yg dihormati dan disanjunginya pada bahagian belakang tangan orang yg berkenaan. Ini biasanya dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya, seorang murid terhadap gurunya dan seterusnya.... Jarang berlaku seorang lelaki
mengucup tangan pasangan wanitanya, apatah lagi seorang suami kepada isterinya. Jika berlaku juga sedemikian, itu menandakan si lelaki berkenaan benar-benar menyanjungi dan menghormati wanita tersebut sebagai seorang yg istimewa dalam hidupnya.

Ciuman di Dahi ,
Ciuman Sayang
Jika pasangan anda mengucup anda di pipi, itu tandanya si dia sayang pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba2 mencium pipi anda, itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg terjadi. Malah ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami kepada isteri dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila suami baru
pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu ciuman di pipi menandakan dia sayangkan anda, rindukan anda dan cintanya pada anda terus bersemi.
Ciuman Cinta
Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami anda datang sambil memegang kedua pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling berhadapan sehingga wajah anda bertembung dengan wajahnya.Lalu sebuah kucupan hinggap di bibir anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang ditebarkan. Anda tetap dicintainya, bahkan kian hangat sehangat ciuman yang terhinggap.

Kucupan dari Belakang
Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan kucupan dari arah belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci pinggan, tiba2 pasangan anda menerpa dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi anda. Ini menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap anda. Dan anda pun terasa terngiang bulu roma di saat itu. Namun anda patut berasa senang hati kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan anda!

Kucupan Lutut
Hah! Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda. Benar, jika anda terjumpa lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun masih beralaskan pakaian, itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap anda. Dalam hal ini, mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia akan tunduk pada setiap kemahuan anda.

Ciuman Di hujung Kaki
Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada juga lelaki luar melakukannya , ia kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di hujung kaki yang bukan kerana adat, itu petanda si lelaki berkenaan sudahterlalu merendah diri dan terlampau memuja anda.Anda boleh menganggap si dia boleh diperlakukan apa saja oleh anda. tapi, tengoklah juga. Lelaki pandai berlakon dan mungkin dia cuma melakonkan saja utk mendapat perhatian anda sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan seperti yg anda tafsirkan. Apa pun, kucupan sedemikian tidak seharusnya dilakukan.

Tuesday, November 22, 2011

20 Faktor Si Dia Boleh Dipercayai...Betul Ke Boleh Dipercayai?

 
Untuk mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. 

Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. 

Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan. 

Faktor 1 - Konsisten.
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh ‘menjerat’ kamu. Siapa tahukan!

Faktor 2 - Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh ‘mengawal’ dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu. 
 
Faktor 3 - Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu. 

Faktor 4 - Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil. 

Faktor 5 - Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan. 

Faktor 6 - Perlu dimengertikan
Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.

Faktor 7 - Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan. 

Faktor 8 - Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak! 

Faktor 9 - Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing. 

Faktor 10 - Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.
 
Faktor 11 - Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya. 

Faktor 12 - Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh ‘menangkap’ adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya. 

Faktor 13 - Tak selalu didampingi
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri. 

Faktor 14 - Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.

Faktor 15 - Persamaan
Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan. 

Faktor 16 - Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan ‘bergegar’ jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.

Faktor 17 - Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Faktor 18 - Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm… hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya. 

Faktor 19 - Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu ‘pokai’ dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu. 

Faktor 20 - Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?

Ciri-ciri LELAKI yang sudah beristeri.

 
Buat teman2 seperjuangan, kali ni sy nk bgtau bbrpa ciri lelaki yg sudah beristeri. Tip ini ptg tau, terutama bg perempuan yg msh single or msh mcari lelaki pujaan.

Kita sebagai seorg perempuan harus bhati2 dgn sikap setengah lelaki yg suka myembunyikan status pkahwinan mereka. Kerana jenis lelaki mcm ini sllnya ingin mgambil kesempatan ke atas kita sebagai perempuan yg lemah. So, utk mgelakkan diri kita tjerumus dengan cinta suami orang, ketahuilah ciri-ciri lelaki beristeri dibwh ni:

1. Elak topik tertentu
Dia menjaga suaranya dan selalunya cukup berlemah-lembut. Selain itu, lelaki ini juga tidak akan membuat hubungan mata dengan anda atau memandang anda tepat pada mata seolah-olah takut-takut. Di samping itu, lelaki beristeri juga selalunya akan cuba mengelak diri bila topik-topik seperti keluarga, anak dan percutian dibangkitkan. Kalau anda terlanjur berbicara tentangnya dia akan cuba sedaya upaya mengalih topik perbincangan.

2. Semua panggilan telefon mengikut arahannya
Si dia berkeras agar anda hanya menghubunginya pada waktu yang telah ditetapkan. Misalnya selepas jam 12 malam, selepas semua ahli keluarganya tidur. Ataupun dia menetapkan hanya dia saja yang akan menghubungi anda.
Dia akan memberi pelbagai alasan mengapa anda tidak boleh menghubunginya sesuka hati. Lelaki yang sudah beristeri juga tidak akan memberikan nombor telefon rumahnya walaupun diminta berkali-kali.

3. Tidak sepenuhnya kepada anda
Ketika bersama dengan lelaki beristeri, anda boleh melihat hatinya tidak sepenuhnya kepada anda. Dia kelihatan resah gelisah dan sekiranya keluar di tempat awam dia asyik memerhatikan persekitarannya, bimbang bertemu dengan orang yang dikenali.
Jika anda dapat merasakan kegelisahan ini maka dengarkanlah suara hati anda. Selain itu anda boleh membaca cara dia mengendalikan hubungan bersama anda. Ketika anda serius dan mahukan ketentuan masa depan, si lelaki akan relaks saja. Dia tidak bercakap tentang hal perkahwinan dan masa depan.

4. Lihat jarinya
Ini cara paling mudah mengenali lelaki beristeri. Lihatlah pada jarinya, ada lingkaran putih pada jari keempat tangan kirinya, tempat cincin kahwin biasa dipakai. Tetapi apabila bertemu dengan anda, si dia tidak akan mengenakannya. Buat-buatlah bertanya kenapa putih di bahagian itu, pasti dia akan memberi pelbagai alasan ataupun ragu-ragu menjawab.

5. Berahsia
Si dia berahsia pada masa yang tidak kena. Selalunya dalam perhubungan seorang jejaka akan meluahkan banyak rahsia tentang dirinya tetapi lelaki beristeri sebaliknya. Dia akan terus berahsia dalam banyak perkara lebih-lebih lagi yang membabitkan keluarga.

6. Beri alasan
Si dia mengelak berkunjung ke tempat-tempat tertentu bila diajak. Dia akan memberikan pelbagai alasan termasuklah yang tidak logik di fikiran anda kalau sudah terdesak. Sebagai contoh, si isteri mungkin selalu membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah maka jangan haraplah si dia akan masuk ke situ bersama anda walaupun anda mengajaknya berulang kali.

7. Tidak akan keluar pada hari minggu
Lelaki beristeri tidak akan menghabiskan hari minggunya bersama anda. Bagi lelaki yang telah berkeluarga, hari minggu adalah untuk keluarga, sementara malamnya pula adalah untuk sesama rakan lelaki. Si dia akan cuba mengelak keluar bersama anda pada hari tersebut dan seperti biasa bermacam-macam alasan akan diberikan.

8. Bersikap tenangWalaupun ada lelaki beristeri gelisah ketika keluar bersama pasangan barunya, namun ada juga yang tenang dan penuh keyakinan. Selalunya setinggi manapun keyakinan seorang lelaki tapi apabila dia terikat dalam satu perhubungan mereka akan resah dan bingung. Namun ada lelaki tenang saja, bagi mereka dengan memiliki isteri di rumah, tiada apa yang perlu dirisaukan.

9. Anda curigaJika anda mencurigai setiap lelaki yang anda temui sudah beristeri maka kemungkinan ini hanya prasangka sahaja. Tapi jika anda mendadak merasa curiga dengan keperibadian pasangan anda sekarang maka percayalah pada rasa hati anda itu.
Sekiranya setelah membaca tips ini anda yakin pasangan anda sekarang adalah lelaki beristeri, maka tanyalah terus-terang pada dirinya. Sekiranya dia mengaku dan berjanji akan menceraikan isterinya jangan sesekali mempercayai kata-kata tersebut. Kemungkinan untuk dia melakukan adalah terlalu kecil.

Saturday, November 12, 2011

♥♥ Itulah CINTA ♥♥

 
Pensil: Saya minta maaf..
Pemadam: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah.
Pensil: saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya.

...Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapan saya.

Pemadam: Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru.

Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir.

Kenapa Kita Jauh ? Saya Rindukan Awak.♥♥.Awak..♥♥Awak♥♥

♥ Walaupun jauh, saya tetap SETIA dengan awak.

♥ Walaupun jauh, HATI sy tetap pada awak.

♥ Walaupun jauh, saya akan tetap TUNGGU awak.

♥ Walaupun jauh, saya tak pernah berhenti CINTA kan awak.

♥ Walaupun jauh, saya sentiasa RINDU kan awak.

♥ Walaupun jauh, awak sentiasa ADA untuk saya :)

♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA ♥♥

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
... ... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan - Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..??
Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..??
Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...

Nota Kaki: Indahnya hidup saling lengkap melengkapi, si isteri menampal kelemahan si suami dan suami menampal kelemahan isteri. InsyaALLAH kamu akan melihat kesempurnaa dalam sebuah keluarga

Uniknya Wanita...buat tatapan LELAKI!!!


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang  menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan  hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4.Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15.Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
      akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling
       cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad  ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa