Kepada kaum wanita… awas! jangan jadi perempuan bodoh!
Berhati-hati dengan segala janji lelaki yg sudah beristeri, takut nanti anda pula terjerat dengan penipuan cinta keduanya.
Seperti pasangan yang belum berkahwin, mereka akan berusaha meyakinkan kekasih hati dengan godaan janji manis. Justeru, lelaki yang beristeri sanggup berbuat apa sahaja untuk memujuk rayu cinta keduanya dengan janji manis bagi menjerat wanita kedua yang bodoh bebal.
Benar apa yang diungkapkan, setiap bicara kata manis lelaki mampu melenturkan hati wanita yang bodoh. Namun anda harus berhati-hati dengan janji manis mereka, takut nanti anda dijeat masuk ke lubuk percintaan kali keduanya. Berikut kata-kata manis lelaki yang sudah beristeri untuk memikat wanita kedua yang hadir dalam hidupnya.
1) SAYA AKAN MENCERAIKAN ISTERI -
Janji itu seringkali dilafazkan oleh lelaki yang bergelar suami. Adakah janji itu akan ditunaikan? Sayang sekali, kebanyakannya tidak mahu mengotakan janji. Bercerai bukannya satu perkara yang mudah bagi seorang lelaki. Umumnya, mereka akan memilih untuk kekal dengan perkahwinan pertama berbanding perceraian walaupun kebahagiaan yang dicari selama ini gagal. Apatah lagi, sekiranya lelaki itu telah ada anak. Ini kerana, lelaki seringkali bimbang kehilangan anak-anak apabila bercerai.2) BERJANJI AKAN MENGAWINI ANDA!–
Ramai daripada wanita bodoh tertipu dengan janji-janji sebegini. Janji untuk mengawini akan diucap berulang kali, ianya terpaksa dilontarkan untuk menunjunkkan keseriusan dan ketaatan kepada anda.Janji mengawini kekasih terpaksa dibuat supaya sidia tidak berpaling arah pada cinta lain. Soalnya bagaimana lelaki itu harus memberikan komitmen kepada anda, sedangkan dia terikat pada komitmen terhadap isteri dan anak2nya. Anda perlu menerima hakikat bahawa hanya segelintir lelaki yang benar2 akan menceraikan isteri semata-mata untuk menikahi kekasihnya.
3) SAYA AKAN BAWA ANDA KE RUMAH –
Janji itu biasanya dilafazkan sebelum anda mengetahui tipu helahnya bahawa dia adalah hak kepunyaan orang lain. Dia berjanji dan berjanji. Sekiranya anda bertanya bilakah dia akan menetapkan tarikh perkahwinannya, biasanya lelaki itu akan mencipta pelbagai alasan.4) SAYA PASTI DATANG KE RUMAH ANDA –
Bagi lelaki yang beristeri, bertemu dengan kedua-dua ibu bapa kekasihnya akan mengundang risiko yang besar. Pertama, ia menandakan keseriusan hubungan anda dengan dia, sedangkan dia sudah mempunyai komitmen lain. Kedua, dia belum bersedia berhadapan dengan pelbagai pertanyaan yang akan dilontarkan oleh ibu bapa anda. Dia berasa takut apabila statusnya terbongkar, maka dia akan menghindari segala perkara yang tidak diingini. Jika dia datang pun kerumah anda, dia hanya untuk menipu mengatakan hubungan dia dengan anda hanya kawan biasa, alasannya fitnah. Dengan itu dia akan memberi janji manis untuk bertemu dengan ibu bapa anda, tetapi tidak sedikitpun berniat untuk berjumpa dengan mereka.5) CUMA KAMU YANG ADA DIHATIKU –
ucapan ini akan membuatkan anda terawang-awang.. perasan diri sendiri. Dia tahu bahawa kata-kata seperti itu akan membuatkan perasaan anda cair. Tetapi, sebaiknya jangan mudah percaya dengan kata-kata itu. “hanya kau yang ada dihatiku” Ah… itu satu pembohongan besar, selain anda, dihatinya masih ada anak2 dan isterinya. Malah, anda juga perlu tahu, merekalah yang mendapat tempat terbesar dihatinya.6) AKU AKAN MEMBAHAGIAKANMU–
Kalimat ini hanya janji-janji manis untuk dirinya. Dia tidak mampu membahagiakan anda, selain isteri dan anak2nya. Bagaimana dia mampu membahagiakan anda sekiranya keinginan anda tidak mampu ditunaikan> Walaupun dia sering memberi semangat dan kata2 ransangan, itu adalah kata2 kosong.Anda menginginkan hubungan yang stabil dan mampu hidup bersamanya. Sayangnya hal itu tidak mampu ditunaikan atas alasan komitmen yang perlu diutamakan.7) SELALU BERADA DI SISI SAAT MEMERLUKAN –
Ini merupakan janji-janji bisa yang seringkali diucapkan lelaki yang beristeri bagi merayu kekasinya. Padahal, dia tidak mampu memenuhi janji itu. Bagaimana dia boleh menemani anda saat memerlukan, jika anda dan dia hanya bertemu pada waktu2 tertentu? Waktu dia bertemu anda adalah waktu yang dicuri… menipu anak isterinya. Oleh itu berhati-hati dengan kata-kata manis seorang lelaki, takut nanti anda pula yang terjerat dalam penipuan cinta suami orang.Petikan Kosmo
No comments:
Post a Comment