Tuesday, July 26, 2011

Ada Aku KIsah!!!

UNTUK RENUNGAN BERSAMA
 Tak payah nak hina orang sangatlah!


Kesian saya tengok dengan sesetengah orang ni. Silap pada orang lain, pandai dia “listkan”. Setiap inci silap orang, dia nampak. Hebat woo!!! Bila mengata orang laju je itu ini.
“Eh, budak ni seksi nya dia. Tengok budak perempuan tu, pakai baju apa entah.Baik tak payah apa-apa kalau nak pakai seksi macam tu”
Ok, ini contoh dialog yang klise jelah ok. Siapa yang rasa-rasa baru je guna dialog ni siapa-siapa, nasib badan lah. Saya buat dialog ni berdasarkan pengalaman telinga saya yang mendengar mulut-mulut orang keliling or mata yang terbaca dialog sindiran dekat Facebook or Twitter saya je. If terasa, sorry. Saya sengaja kali ni.
Tak baik ok. Ok, saya tahu. Saya bukan perfect mana pun. Even saya dah bertudung (sumpah,baru sangat sebenarnya datang kerje je bertudung) tapi saya tetap sedar diri sendiri. Saya bertudung tapi baju saya bukan jenis labuh. Ok,memang berdosa. Saya tahu sebab still nampak bentuk badan. Saya angguk kepala ni. Hahahaha!
Saya bukan tak pernah cuba, dah. Tapi, belum nak biasa. Jadi, daripada saya berubah 100% tapi tak ikhlas..baik saya buat pelan-pelan tapi saya tahu apa yang saya buat. Macam biasa, saya tak kisah people nak cakap apa. Suka hati korang lah. Iye dak.
Berbalik cerita asal. Pasal orang yang suka aka hobi kot mengutuk orang. Orang seksi, terbukak sana sini laju je attack orang. Saya bukan nak kata seksi tu bagus. Tak lah. Tapi, yang saya agak meluat sikit ni..bila orang yang rasa diri tak seksi aka baik ni.. ada mulut dia yang seksi celupar mengata orang.
Wah wah wah. Tak baik ok. Jangan sesekali judge orang daripada luaran je. Kalau orang tu seksi sekalipun, itu hak dia. Ada ke dia kacau hidup kita kan? Ada ke dia mengata hal kita kan? Ada ke dia tak pasal-pasal mengumpat kita? Ada? Ada??? Eh, sebenarnya...korang yang mengata ni lagi berdosa tau.hahahaha!!
Tak pasal-pasal mengata orang. Padahal, orang yang jadi mangsa korang tu..sikit pun tak ada perasaan buruk dengan korang. Alahai. So kesian. Pakai baju labuh mana pun, tudung litup sekalipun tapi mulut tu tak reti jaga…dosa sama je dapat macam orang yang seksi tu.
Cuma cara dapat dosa tu je lain sikit. Sikit lah. Korang je tak perasan. Sebab dok rasa diri tu dah sempurna sangat. So sadis lah macam ni.
Ada baiknya, kita jaga diri sendiri. If rasa diri tu belum sempurna, kita berusaha jadi lebih sempurna hari demi hari. Tak banyak, sikit pun jadilah. If tetap nak poyo rasa diri tu dah sempurna sangat-sangat…ok fine. Tapi, janganlah pulak mengata orang. Tak baik woo.
Agak-agak dah konpiden betul diri dah boleh jadi syurga, nasihat orang baik-baik ok. Jangan perli sana sini. Orang tu seksi je, tapi otak still ada. Agama pun dia masih tahu. So, tak perlu nak hina-hina. Lagi korang hina, lagi teruk jadinya. Oh, sila terasa beramai-ramai siapa yang terkena. Sekian.
p/s: Dah lama sangat dok perhati ayat perli-perli hal ni. So, no choice. Kena jugak buat entry. Siapa terasa, sorry tapi just nak ingat sesama kita termasuk diri sendiri. bahahaha!!! Peace uolsss

p/s/s: Dari mengata orang, baik baca yasin.hahahaha!

No comments:

Post a Comment