Saturday, July 9, 2011

Baik-Baik Sayang





teman..
perjalanan kita masih terlalu jauh,
jauh untuk kita mengeluh mengapa aku,
bukan mereka..

teman..
jangan sekali goyang dengan kata-kata dunia,
kerana kau belum pasti percaturan di atas sana..

mengapa engkau bersedih teman,
senyumlah selebar-lebarnya..
biarkan mereka..
sudah itu suratan mereka..dan ini adalah suratan kita..
menemui imam kita diakhir perjalanan yang memang aku sendiri
akui iya terlalu jauh..

memang teman..aku juga mengerti perasaan sepi dan sunyi itu..
namun percayalah teman..
DIA mahu memilih yang terbaik untukmu..
DIA sudah tahu siapa untukmu..
cuma teman..
dia mahu melihat kesabaranmu

teman,
DIA mahu memberi engkau masa yang lebih 
dengan keluargamu..
sebagai anak perempuan..
selangkah kita keluar memegang tangan imammu..
rumah itu bukan lagi rumahmu..
syurga itu bukan lagi di kaki ibu..
tapi di kaki imammu..

teman,
usahla kau khuatir 
siapakah imammu..
tapi khuatirla dengan imanmu..
aku juga lemah teman..
selalu tewas dengan bisikan dunia..

oleh itu
teman,
sediakan hatimu untuk imammu..
sucikan hatimu untuk imammu..
bersihkan jiwamu untuk imammu..
tingkatkan akhlakmu untuk imammu..

kerana itula yang paling terbaik dan akan menenangkan jiwamu..
jika engkau menyediakan segalanya khas untuk imamu..
pasti DIA memberi yang terbaik untukkmu..

teman,
diakhir solatmu..
titiskan airmata kasih buat DIA
kerana..
air mata kasih buat DIA
akan dibalas dengan kekasih yang mencintai DIA

teman,
jika engkau sunyi..
bisikan didada dan dihatimu..
imammu sedang menunggumu..
cuma dia memerlukan masa untuk mencarimu..
dia perlukan kelengkapan untuk menjadi imammu..
bersabarlah teman
jika matahari sanggup menunggu bulan kekasihnya untuk bersatu di hari qiamat..
mengapa tidak kita manusia
menunggu imam kita di syurga nanti..

No comments:

Post a Comment