Saturday, July 23, 2011

Antara Kasih, Sayang Dan Cinta


  ♥♥ Camne U nak eja "C_NTA" kalau takde ''i''. camne U nak eja "R_NDU" kalau takde "i" . camne pula U nak eja "H_DUP" tanpa "i'' . sebab tu la dalam hati U kene sentiasa ade "i" supaya "i" x hilang n ampa jangan lupakn "i" . so , kena la sygs "i" sllu  ♥



Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit.




Kasih..
Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.
Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.


Sayang..
Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.
Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.


Cinta..
Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.
Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.
Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.

    • Faizal Haswadi Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
      Barulah terasa ku bernyawa...
      July 24 at 1:33pm · 
    • Juni Damia Ann Atieya Tiara...setuju ke?
      July 24 at 3:16pm ·  ·  2 people
    • Atieya Tiara boleh d katakan begitu...^^
      July 24 at 3:24pm ·  ·  1 person
    • Hanif Fadhil ‎"Kerana Cinta kita semua wujud di dunia ini"
      July 24 at 4:16pm ·  ·  1 person
    • Juni Damia Ann Bercinta ni sangat best bagi mereka yang tengah dilamun cinta, baru mula bercinta dan tengah hangat bercinta.. dan tak best bila tengah bergaduh, telah dikecewakan, pernah dikecewakan dan musnah diri akibat cinta. Sebab itu jangan jadi buta kerana cinta, tak nampak kebenaran yang ada di depan mata. Jadikanlah cinta itu sebagai satu medium untuk kita berubah ke arah yang lebih baik.
      July 24 at 4:24pm ·  ·  3 people
    • Hanif Fadhil ‎"bercinta dengan orang yang tidak mencintai kita merupakan sebuah penderitaan tetapi mencintai orang yang mencintai kita merupakan sebuah kenikmatan yang tiada terhingga"
      July 24 at 4:26pm ·  ·  2 people
    • Ayie Azri Xtercapai akal ku...hehe..;D
      July 24 at 5:48pm ·  ·  1 person
    • Abdul Aziz Sulaiman ado fb jgk dio....maju hbis doh kapo kito...hahahaha
      July 24 at 9:08pm ·  ·  1 person
    • Juni Damia Ann Ayie Azri kwn lama AnOk Tok We tu...
      July 24 at 10:33pm ·  ·  1 person
    • Abdul Aziz Sulaiman dok tdo ag???
      July 24 at 10:33pm · 
    • Abdul Aziz Sulaiman dk wt gapo...???
      July 24 at 10:35pm · 
    • Mohd Fuadi B. Bustamam Kasih Sayang & Cinta itu lahir dari hati ...Kasih kerna keprihatinan nya ... Sayang kerna kejujuran nya .. Cinta kerna memiliki nya ....Ahakssss
      July 24 at 11:39pm · 
    • Vinda Norhasvinda cayalah.. kakak comel vin....muuuaaahh!!!!
      Monday at 8:45pm · 


No comments:

Post a Comment