"Kalau rasa marah, cepat-cepat ambil wudhuk. Kemudian buat solat sunat dua rakaat. Lepas tu istighfar banyak-banyak. InsyaAllah perasaan marah tu akan hilang."
Inilah apa yang aku selalu ingatkan pada diri. Aku dah cuba amalkan, alhamdulillah berkesan.
Tapi kadang-kadang aku tewas bila 'terperangkap' di tempat yang tidak mengizinkan untuk buat semua tu (contohnya semasa memandu). Perasaan marah tu akan membuak-buak, sampai 'bengkerk' hati ni.
Puas aku berusaha untuk tidak memikirkan masalah atau perkara yang menyebabkan aku marah tu (kadang-kadang kecil je pun), tapi syaitan ni pantang ada peluang, habis dihasutnya semua anak Adam sampai terpedaya. Jahat lah kau syaitan!
Maka aku cuba untuk jadi positif, optimis tak mahu jadi pesimis, tak mahu fikir masalah tu dan banyakkan istighfar. Tapi tak menjadi juga. Agaknya tinggi kot pangkat syaitan yang menghasut ni.
Cuba cara lain, menjerit kuat-kuat sorang-sorang. Serupa orang histeria. Pun tak berkesan. Buruknya perangai. Siapa punya idea lah ni. -_-''
Natijahnya, semua benda jadi tak betul. Inilah namanya ujian. Ujian Sabar. Allah baru test sikit je tu.
p/s: Kadang-kadang seseorang tu tak berniat pun nak buat kita marah, tapi disebabkan salah faham/salah tafsir perkataan atau perlakuannya menyebabkan kita jadi marah. Ya Allah, Kau lembutkan lah hati hamba-hambaMu ini. Ameen.
No comments:
Post a Comment